BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 12, 2010

Sumbangan web 2.0 terhadap pembangunan blog

Web 2.0 bukan sahaja jaringan yang merangkumi pelbagai makna kepada pengguna malah web 2.0 lebih menekankan pada sosial network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia Blog. Dengan adanya RSS maka telah adanya teknologi penyampai berita. Kepanjangan RSS : Really Simple Syndication) di dalam blog, informasi-informasi di dalam sebuah blog mungkin dapat diadaptasi, dikoleksi, serta dikongsi menjadi sebahagian daripada blog lain. Pengguna awam tidak hanya sekadar dapat membaca halaman web tetapi juga boleh memberi komen- komen dari sisi web yang terdapat RSS di dalam Blog dimana semua informasi Blog mungkin dapat diadaptasi, dikoleksi, dan di-share untuk menjadi bahagian dari Blog lainnya. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0 untuk membangunkan blog seseorang.

Keterbukaan dan pembebasan data salah satu daripada ciri penting Web 2.0. Melalui ciri interaktifnya pula, telah terbentuk suatu corak perhubungan sosial baharu dalam talian yang memberi peluang kepada para pengguna untuk berinteraksi bukan sahaja dengan penyedia bahan tetapi juga sesama pengguna bahan. Mereka boleh berkongsi maklumat dengan sangat banyak serta mempunyai kuasa untuk mentakrifkan semula bahan atau data mengikut pemahaman dan keselesaan mereka. Ini tercermin jelas melalui inter aktiviti yang wujud di blog-blog yang disediakan oleh Blogger, Wordpress, Typepad dan lain-lain.

Pendek kata, tidak kira istilah Web 2.0 ini hanya muncul sementara sebagai satu jarigan ataupun benar-benar suatu istilah yang berkesan, namun sebuah corak persembahan baru data dan bahan elektronik sememangnya berlaku dengan hebatnya di dunia maya. Pembaharuan dalam web 2.0 ini telah mencetuskan cara baru untuk manusia saling berhubungan dan berkongsi maklumat. Selain itu web 2.0 juga membolehkan pengguna menggunakan blog untuk menulis sesuatu perkara samaada berita, majlis,atau review produk- produk terbaru serta mencurahkan idea untuk berkarya dan bercerita. Perkembangan Web 2.0 merupakan inovasi dalam dunia web yang semakin hari kian mengalami perkembangan dari segi menghubungkan pengguna dan menyampaikan sesuatu maklumat.

Kemudahan berinteraksi antara pengguna dengan sistem merupakan tujuan dibangunnya teknologi Web 2.0. Oleh itu, jelaslah betapa pentingnya web 2.0 dalam pembangunan blog pengguna. Interaksi tersebut tentunya haruslah diimbangi dengan kecepatan untuk mengakses data, oleh kerana itulah diperlukan suatu bandwith yang cukup untuk loading data secara pantas. Dukungan AJAX yang menggabungkan HTML, CSS, Javascript, dan XML pada Yahoo!Mail Beta dan Gmail membuat pengguna merasakan nilai lebih dari sekadar penyediaan e-mail. Kombinasi antara media komunikasi seperti Instant Messenger (IM) dan Voice over IP (VoIP) akan semakin memperkuatkan karakter Web 2.0 dalam menyumbang kepada pembangunan sesebuah blog.

0 comments: