BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 12, 2010

Sumbangan web 2.0 terhadap pembangunan blog

Web 2.0 bukan sahaja jaringan yang merangkumi pelbagai makna kepada pengguna malah web 2.0 lebih menekankan pada sosial network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia Blog. Dengan adanya RSS maka telah adanya teknologi penyampai berita. Kepanjangan RSS : Really Simple Syndication) di dalam blog, informasi-informasi di dalam sebuah blog mungkin dapat diadaptasi, dikoleksi, serta dikongsi menjadi sebahagian daripada blog lain. Pengguna awam tidak hanya sekadar dapat membaca halaman web tetapi juga boleh memberi komen- komen dari sisi web yang terdapat RSS di dalam Blog dimana semua informasi Blog mungkin dapat diadaptasi, dikoleksi, dan di-share untuk menjadi bahagian dari Blog lainnya. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0 untuk membangunkan blog seseorang.

Keterbukaan dan pembebasan data salah satu daripada ciri penting Web 2.0. Melalui ciri interaktifnya pula, telah terbentuk suatu corak perhubungan sosial baharu dalam talian yang memberi peluang kepada para pengguna untuk berinteraksi bukan sahaja dengan penyedia bahan tetapi juga sesama pengguna bahan. Mereka boleh berkongsi maklumat dengan sangat banyak serta mempunyai kuasa untuk mentakrifkan semula bahan atau data mengikut pemahaman dan keselesaan mereka. Ini tercermin jelas melalui inter aktiviti yang wujud di blog-blog yang disediakan oleh Blogger, Wordpress, Typepad dan lain-lain.

Pendek kata, tidak kira istilah Web 2.0 ini hanya muncul sementara sebagai satu jarigan ataupun benar-benar suatu istilah yang berkesan, namun sebuah corak persembahan baru data dan bahan elektronik sememangnya berlaku dengan hebatnya di dunia maya. Pembaharuan dalam web 2.0 ini telah mencetuskan cara baru untuk manusia saling berhubungan dan berkongsi maklumat. Selain itu web 2.0 juga membolehkan pengguna menggunakan blog untuk menulis sesuatu perkara samaada berita, majlis,atau review produk- produk terbaru serta mencurahkan idea untuk berkarya dan bercerita. Perkembangan Web 2.0 merupakan inovasi dalam dunia web yang semakin hari kian mengalami perkembangan dari segi menghubungkan pengguna dan menyampaikan sesuatu maklumat.

Kemudahan berinteraksi antara pengguna dengan sistem merupakan tujuan dibangunnya teknologi Web 2.0. Oleh itu, jelaslah betapa pentingnya web 2.0 dalam pembangunan blog pengguna. Interaksi tersebut tentunya haruslah diimbangi dengan kecepatan untuk mengakses data, oleh kerana itulah diperlukan suatu bandwith yang cukup untuk loading data secara pantas. Dukungan AJAX yang menggabungkan HTML, CSS, Javascript, dan XML pada Yahoo!Mail Beta dan Gmail membuat pengguna merasakan nilai lebih dari sekadar penyediaan e-mail. Kombinasi antara media komunikasi seperti Instant Messenger (IM) dan Voice over IP (VoIP) akan semakin memperkuatkan karakter Web 2.0 dalam menyumbang kepada pembangunan sesebuah blog.

perbezaan antara web 2.0 & web 1.0


Terdapat beberapa perbezaan diantara Web 2.0 dan Web 1.0. Antara perbezaan tersebut adalah seperti keterbatasan pada Web 1.0 yang membolehkan pengguna internet untuk masuk ke dalam website tersebut dan melihat satu persatu maklumat di dalamnya. Sedangkan Web 2.0 membolehkan pengguna internet dapat melihat maklumat suatu website tanpa harus berkunjung ke alamat laman yang bersangkutan. Selain itu, kemampuan Web 2.0 dalam melakukan aktiviti drag and drop, auto complete, chat, dan voice seperti aplikasi desktop, bahkan berlaku seperti sistem operasi, dengan menggunakan dukungan AJAX atau pelbagai plug-in (API) yang ada di internet. Hal tersebut akan merubah paradigma pengembang sofware dari distribusi produk menjadi distribusi layanan. Sedangkan karakter lainnya, kolaborasi dan penyertaan pengguna, ikut membantu memperkuat perbezaan pada Web 2.0. Suatu website dapat memasukkan beberapa karakter Web 2.0 di dalam laman yang dibangunnya. Semakin banyak karakter yang masuk ke dalam website tersebut, suatu laman akan mendekati Web 2.0.

kelebihan & kelemahan web 2.0

Walaupun web 2.0 merupakan perkara baru dalam dunia internet namun kelebihan dan kelemahannya turut dipertikaikan. Kelebihan wee 2.0 jels dapat dilihat oleh kita melalui servisnya. Web 2.0 adalah servis yang sangat efektif.Ianya berbeza dengan media konvensional yang pada umumnya perlu berbelanja mahal. Web 2.0 merupakan media yang bersifat low budget dan kadar bayaran yang efisien. Web 2.0 mampu membuat jaringan sosial yang terus membesar serta saling berhubungan.

Pengkontrolan unik Web 2.0 menjadikan konteks Web 2.0 semakin kaya, seiring bertambahnya jumlah pengguna. Jika dulu pengguna website menjadi pembaca, dengan konsep Web 2.0 pengguna dapat menjadi pembaca dan penulis, termasuk juga mengontrolnya. Dengan kata lain, Web 2.0 merupakan contoh demokrasi “dari rakyat untuk rakyat.” Dalam hal ini terjalin kepercayaan antara penyedia Web 2.0 dan pengguna. Hal mengagumkan yang dihasilkan Web 2.0 adalah perkongsian pengguna tanpe mengenal identiti namun telah mampu bersama-sama memelihara perkembangan Web 2.0 dengan dasar kepercayaan para pengguna.

Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan pengguna dalam membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual. Web 2.0 merupakan sebuah servis terintegrasi berbagai device, entah mobile/handheld device, PC, ataupun server internet. Dalam banyak hal, penggunaan dan pemanfaatan Web 2.0 dapat memberikan sokongan kemudahan yang mencukupi untuk beberapa hal seperti user interface, model programming, ataupun model bisnes.

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Namun dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.

Walaupun terdapat banyak kelebihan web 2.0, namun kelemahannya juga turut dipertikaikan. Antara kelemahan web 2.0 dilihat menerusi pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan pada sosial network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia Blog. Dengan adanya RSS di dalam Blog, informasi-informasi di dalam sebuah Blog dimungkinkan dapat diadaptasi, dikoleksi, dan dikongsi menjadi sebahagian isi kepada blog yang lain. Terlepas dari itu semua, ternyata web 2.0 mempunyai kelemahan didalamnya yang memungkinkan seseorang dapat memporak-perandakan aplikasi web 2.0 tersebut.

ciri-ciri web 2.0

1. The Web as Platform
Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web (atau Internet) sebagai platformnya. Platform di sini adalah tempat suatu aplikasi dijalankan. Contoh platform yang terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan Internet sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan terus di atas talian Internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google yang boleh diakses dari sistem operasi mana pun. Contoh lainnya adalah Flickr yang juga boleh diakses dari sistem operasi mana pun.
Kelebihannya adalah, aplikasi-aplikasi Web 2.0 ini tidak lagi dibatasi sistem operasi seperti pada Windows. Dan kita tidak perlu menginstall sebarang perisian lain untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ini.

2. Harnessing Collective Intelligence
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang unik, iaitu memanfaatkan kepandaian dari banyak orang secara kolektif. Sebagai hasilnya muncullah aliran pengetahuan yang sangat besar hasil gabungan dari pengetahuan banyak orang. Sebagai contoh yang jelas adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia online yang membolehkan semua orang untuk mencari, membuat dan mengedit artikel. Hasilnya adalah ensiklopedia online besar yang sangat lengkap artikelnya, malah lebih lengkap daripada ensiklopedia komersial seperti Encarta. Contoh lain lagi adalah del.icio.us di mana semua orang saling berkongsi link-link menarik yang mereka jumpa. hasilnya kita boleh melihat “permata-permata” di Web gabungan hasil browsing dari ribuan orang. Blogosphere juga merupakan contoh kepandaian kolektif kerana setiap orang boleh menulis blognya sendiri dan saling link satu sama lain untuk membentuk jaringan pengetahuan.

3. Data is the Next Intel Inside
Kekuatan aplikasi Web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi Internet yang berhasil selalu disokong oleh sistem data yang kuat dan unik. Contohnya adalah Google, yang kekuatannya terletak pada pengumpulan dan ketepatan data halaman-halaman Web di Internet. Contoh lainnya lagi adalah Amazon yang memiliki pangkalan data yang bukan hanya lengkap, tapi juga sangat kaya dengan hal-hal seperti review, rating pengguna, link ke buku-buku lain, dan sebagainya. Ini bererti browser engine yang terbaik adalah yang dapat menguasai data.

4. End of the Software Release Cycle
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform “lama” seperti Windows. Suatu aplikasi Windows biasanya diperbaharu setiap dua atau tiga tahun sekali. Contohnya adalah Microsoft Office yang memiliki versi 97, 2000, XP, dan 2003. Di lain pihak, aplikasi Web 2.0 selalu dikemaskini secara terus-menerus karana sifatnya yang bukan lagi produk melainkan layanan. Google misalnya, selalu mengemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu tertentu sahaja.

5. Lightweight Programming Models
Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pemprogreman yang “ringan” seperti AJAX dan RSS. Ini memudahkan orang lain untuk memakai ulang layanan suatu aplikasi Web 2.0 guna membentuk layanan baru. Contohnya adalah Google Maps yang dengan mudah dapat digunakan orang lain untuk membentuk layanan baru. Sebagai hasilnya muncullah layanan-layanan seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan Google Maps dengan Craigslist. Layanan seperti ini, yang menggabungkan layanan dari aplikasi-aplikasi lainnya, dikenal dengan istilah mashup.

6. Software Above the Level of a Single Device
Aplikasi Web 2.0 bisa berjalan secara terintegrasi melalui berbagai device. Contohnya adalah iTunes dari Apple yang berjalan secara terintegrasi mulai dari server Internet (dalam bentuk kedai musik online), ke komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), sampai ke mobile device (dalam bentuk iPod). Di masa depan dijangkakan akan semakin banyak aplikasi-aplikasi yang memiliki sifat ini.

7. Rich User Experiences
Aplikasi Web 2.0 memiliki user interface yang kaya meskipun berjalan di dalam browser. Teknologi seperti AJAX memungkinkan aplikasi Internet memiliki waktu respons yang cepat dan user interface yang intuitif mirip seperti aplikasi Windows yang di-install di komputer kita. Contohnya adalah Gmail, aplikasi email dari Google yang memiliki user interface revolusioner. Contoh lainnya lagi adalah Google Maps yang meskipun berjalan dalam browser namun boleh memberikan respons yang cepat semasa pengguna menjelajahi peta.

sumber: gayahidupdigital.com


Thursday, February 11, 2010

Pengenalan Web 2.0

Web 2.0 merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan berbagai layanan di web yang memungkinkan pengguna untuk berkolaborasi dan berkongsi informasi secara online. Web 2.0 juga merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan suatu aplikasi web yang mempunyai interaktif dengan pengguna sama seperti halnya dengan aplikasi desktop. Pada masa kini , Web 2.0 bersama-sama dengan SOA (Service-Oriented Architecture) merupakan teknologi yang “memenuhi janji” implementasi prosesperniagaan yang fleksibel (Sandy Carter, 2007) dan memungkinkan organisasi untuk beroperasi lebih efisien meskipun memerlukan perubahan budaya dan pola pikir yang lebih signifikan.

Web 2.0 boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software ke mana- mana komputer. Melalui web 2.0, ia menggunakan RSS feed dan RSS Reader pada web site atau blog. Ia boleh memberi maklumat yang cepat kepada pengunjung bila sesebuah site di kemaskini. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari jika pemilik site tersebut ada menulis artikel baru. Web 2.0 merupakan web yang mempunyai interface yang mesra pengguna tidak seperti web 1.0 yang agak membosankan dan kurang dari aspek interaktivitinya. Terdapat banyak website yang merupakan web 2.0. Antaranya adalah blogger, wiki, friendster, forum, tagged, myspace, flicker dan sebagainya yang tumbuh bagaikan cendawan. Gambar di bawah menunjukkan website-website yang menggunakan web 2.0 :-
Istilah Web 2.0 ini telah muncul untuk kali pertama dalam satu sesi perbincangan antara syarikat O'Reilly dengan MediaLive International. Menurut Tim O'Reilly, Web 2.0 adalah satu rangkaian platform, yang melibatkan semua peranti yang bersambungan dalam membentuk dunia maya, manakala aplikasi Web 2.0 adalah aplikasi yang memanfaatkan kesemua kelebihan intrinsik yang wujud di platform tersebut yang memberikan khidmat perisian yang sentiasa dikemas kini dan bertambah baik seiring pertambahan pengguna menggunakan dan menggabungkan data dari sumber yang berlainan. Gambar di bawah menunjukkan bidang-bidang yang menggunakan web 2.0 dalam sistem mereka