BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 12, 2010

perbezaan antara web 2.0 & web 1.0


Terdapat beberapa perbezaan diantara Web 2.0 dan Web 1.0. Antara perbezaan tersebut adalah seperti keterbatasan pada Web 1.0 yang membolehkan pengguna internet untuk masuk ke dalam website tersebut dan melihat satu persatu maklumat di dalamnya. Sedangkan Web 2.0 membolehkan pengguna internet dapat melihat maklumat suatu website tanpa harus berkunjung ke alamat laman yang bersangkutan. Selain itu, kemampuan Web 2.0 dalam melakukan aktiviti drag and drop, auto complete, chat, dan voice seperti aplikasi desktop, bahkan berlaku seperti sistem operasi, dengan menggunakan dukungan AJAX atau pelbagai plug-in (API) yang ada di internet. Hal tersebut akan merubah paradigma pengembang sofware dari distribusi produk menjadi distribusi layanan. Sedangkan karakter lainnya, kolaborasi dan penyertaan pengguna, ikut membantu memperkuat perbezaan pada Web 2.0. Suatu website dapat memasukkan beberapa karakter Web 2.0 di dalam laman yang dibangunnya. Semakin banyak karakter yang masuk ke dalam website tersebut, suatu laman akan mendekati Web 2.0.

0 comments: