BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 11, 2010

Pengenalan Web 2.0

Web 2.0 merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan berbagai layanan di web yang memungkinkan pengguna untuk berkolaborasi dan berkongsi informasi secara online. Web 2.0 juga merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan suatu aplikasi web yang mempunyai interaktif dengan pengguna sama seperti halnya dengan aplikasi desktop. Pada masa kini , Web 2.0 bersama-sama dengan SOA (Service-Oriented Architecture) merupakan teknologi yang “memenuhi janji” implementasi prosesperniagaan yang fleksibel (Sandy Carter, 2007) dan memungkinkan organisasi untuk beroperasi lebih efisien meskipun memerlukan perubahan budaya dan pola pikir yang lebih signifikan.

Web 2.0 boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software ke mana- mana komputer. Melalui web 2.0, ia menggunakan RSS feed dan RSS Reader pada web site atau blog. Ia boleh memberi maklumat yang cepat kepada pengunjung bila sesebuah site di kemaskini. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari jika pemilik site tersebut ada menulis artikel baru. Web 2.0 merupakan web yang mempunyai interface yang mesra pengguna tidak seperti web 1.0 yang agak membosankan dan kurang dari aspek interaktivitinya. Terdapat banyak website yang merupakan web 2.0. Antaranya adalah blogger, wiki, friendster, forum, tagged, myspace, flicker dan sebagainya yang tumbuh bagaikan cendawan. Gambar di bawah menunjukkan website-website yang menggunakan web 2.0 :-
Istilah Web 2.0 ini telah muncul untuk kali pertama dalam satu sesi perbincangan antara syarikat O'Reilly dengan MediaLive International. Menurut Tim O'Reilly, Web 2.0 adalah satu rangkaian platform, yang melibatkan semua peranti yang bersambungan dalam membentuk dunia maya, manakala aplikasi Web 2.0 adalah aplikasi yang memanfaatkan kesemua kelebihan intrinsik yang wujud di platform tersebut yang memberikan khidmat perisian yang sentiasa dikemas kini dan bertambah baik seiring pertambahan pengguna menggunakan dan menggabungkan data dari sumber yang berlainan. Gambar di bawah menunjukkan bidang-bidang yang menggunakan web 2.0 dalam sistem mereka

0 comments: